Cybersecurity (Risiko Siber Dalam Dunia Ai)
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025 yang lalu, seramai 4 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Webinar Cybersecurity iaitu risiko siber dalam dunia AI. Cybersecurity ialah Langkah untuk melindungi sistem komputer dan data daripada serangan siber seperti penggodaman, virus dan kecurian maklumat. Dalam dunia moden, keselamatan siber semakin penting kerana banyak urusan kini dilakukan secara dalam talian. Seterusnya, teknologi AI semakin berkembang, risiko siber juga kan meningkat. Antaranya termasuk data palsu yang boleh mengganggu cara AI berfungsi, video atau audio deepfake yang boleh digunakan untuk menipu, serta mesej scam yang dihasilkan oleh AI dan Nampak lebih meyakinkan.
AI juga boleh menjadi sasaran serangan apabila modelnya dicuri atau diubah oleh penggodam. Selain itu, penggunaan AI yang mengumpul data seperti wajah dan suara boleh menjejaskan provasi jika maklumat tersebut bocor. Oleh itu, pengguna perlu mengamalkan Langkah asas seperti kata laluan kukuh, 2FA, kemaskini aplikasi dan berhati-hati sebelum berkongsi maklumat peribadi. Dengan Langkah ini, risiko siber dalam dunia AI dapat dikurangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: